Friday, May 15, 2009

see you in court....

mungkin inilah kata-kata yang rakyat perak sering dengar setiap hari. i 'll sue you, see you in court, lets the court decide dan macam-macam lagi ...yang didengar lantaran kemelut di perak yang masih tidak berkesudahan. hanya mahkamah yang merupakan jalan penyelesaian kepada krisis di perak ketika ini. mereka yang terlibat sudah tidak nampak lagi jalan lain untuk selesaikan masalah selain mahkamah. mahkamah dah jadi macam pasar sekarang. ramai orang keluar masuk bawa beg dan macam lagi dokumen untuk saman orang itu dan saman orang ini.
entahlah...

Friday, April 17, 2009

ALAHAI CIKGU



isu tentang cikgu ni berlambak, sampai kiamat pun tak mungkin selesai.sebabnya cikgu adalah sebahagian daripada hidup kita walau pada peringkat mana pun kita berada. cikgu adalah orang luar yang pertama dalam kehidupan kita yang membimbing kita untuk mengenal ilmu. peranan guru amat besar dalam menentukan kelahiran insan cemerlang, berwawasan, dan berketeram pilan.Kelahiran para ilmuan sebegini adalah dituntut, kerana anak-anak bangsa yang terdidik dengan visi dan misi yang sedemikan kukuh akan dapat menjamin keampuhan masyarakat dan seterusnya mendirikan negara gemilang yang terbilang. namun kini, keghairahan melahirkan insan cemerlang sudah menjadi perlumbaan yang tidak sihat. pelajar yang dididik dijadikan bahan untuk mencermerlangkan individu dalam sesebuah organisasi, bermula daripada peringkat institusi sekolah hingga ke peringkat kementerian berkenaan.

Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata. keghairahan mendapatkan gelaran, atau setidak-tidaknya sanjungan, menjadikan orang-orang berkenaan berlumba-lumba sesama sendiri. Atas nama melahirkan insan cemerlang para pelajar dibebankan dengan pelbagai program yang sarat sepanjang tahun, dan para guru terpaksa menanggung pelbagai tugas yang sebahagiannya bukanlah tanggungjawabnya. oooops.....pantang guru kalau tidak menyanggupi sebarang kerja yang diarahkan kepadanya. mereka selalu dimomokkan, kerja guru itu berkat...jalan terpantas ke syurga. betulllah tu...tetapi jika segala-galanya dibebankan ke atas pundak guru, dan guru pula mengabaikan tanggungjawabnya sendiri terhadap keluarga dan anak-anak, di manakah syurga untuknya?Sementelah pula kejayaan itu jelas diukur daripada suatu sudut sahaja, iaitu melahirkan seramai mungkin pelajar mendapat 'a' dalam keputusan peperiksaan mereka.

untuk mencapai 'a', guru-guru, terutamanya di bandar-bandar besar, terpaksa bekerja dari isnin hingga kebanyakan sabtu, malah adakalanya sampai hari ahad. isnin, kembali ke sekolah. program kelas tambahan, celik akal, minda bestari, macam-macam namanya. guru-guru bukan sahaja menjadi perlu menjadi pakar dalam subjek yang mereka ajar, tetapi mereka juga menjadi tukang masak, juruelektrik, teknisyen, pegawai seranta dan macam-macam lagi. Sebabnya, untuk mempastikan semuanya berjalan lancar, semua keperluan perlu disediakan. hal ini belum termasuk tanggungjawab guru dalam bidang kokokurikulum lagi.

untuk menjadi pengurus pasukan yang berkelayakan, guru-guru juga dibekalkan ilmu menjadi pegawai sukan, pegawai lalu lintas, guru kawat dan pelbagai lagi. memandangkan terlalu banyak kepakaran yang perlu dikuasai guru, guru tidak lagi menikmati cuti-cuti yang selama ini dicemburui oleh pekerja-pekerja lain. memandangkan setiap hari guru terpaksa menjalankan tugas yang pelbagai itu, maka waktu bertugas harian yang sepatutnya 7.30 hingga 2 ptg bertukar dari se awal 7 pagi dan sudah menjadi kebiasaan tamat jam 5 petang.

Hal ini kerana, bila guru tamat waktu mengajar dalam kelas, biasanya mereka mengajar pula di kelas tambahan, atau ada kegiatan kokurikulum atau mesyuarat ala taklimat yang meleret-leret. balik ke rumah, selepas menunaikan tanggungjawab pada keluarga, agak-agak semua sudah berdengkur, guru bangun menyiapkan tugas yang tidak pernah selesai: menyemak buku, menyediakan soalan peperiksaan, menyediakan bahan untuk diberikan pada pelajar, kadang-kadang, menaip surat memohon mendapatkan bantuan daripada mana-mana pihak untuk melicinkan agenda sekolah. oh ya, sudah lumrah, kertas yang digunakan guru untuk menaip dan bahan untuk pelajar adalah dari sedekah guru.

sekolah tidak pernah cukup duit untuk menyediakan semua itu. jadi janganlah cerita tentang pen dan marker. semuanya beli sendiri. tak apa, guru memang hidupnya sentiasa beramal jariah. maka setelah berpenat sepanjang tempoh masa bersekolah, maka tibalah cuti yang dinanti-nantikan. janganlah terkejut pak long, pak ngah, pak uda, guru-guru ni tak dapat balik sebab banyak program sekolah nak kena ikuti. tak buat tak boleh. nanti pengetua naik angin, dapat markah prestasi rendah. jabatan pendidikan mengamuk, nanti sekolah kena label. sekolah lain buat, kita tak buat, nanti kurang pelajar dapat a, masalah besar pula.anak-anak pun, tak sempat nak bermesra dengan tok nenek di kampung, dah tak rapat lagi dengan sepupu-sepupu dan saudara mara mereka.

di rumah jangan cakaplah, kalau tamu datang, keluar bersalam sebentar, kemudian masuk ke bilik sebab banyak sangat kerja sekolah hendak disiapkan. kalau tidak siap, kena berdiri dalam kelas, kena ketuk ketampi, ei malulah. jadi anak-anak hari ini, walaupun baju dicuci mesin, ramai yang tidak mencucinya sendiri. mereka juga tidak pandai memasak nasi, menggoreng telur, iaitu kebolehan paling minima bagi seorang manusia.dan malangnya dengan semakin banyak a yang diperoleh pelajar-pelajar hari ini, semakin tidak bijaksana pula mereka. ke arah manakah generasi hari ini dibawa wahai guru, wahai organisasi yang manaungi mereka?jelas apa yang sedang diamalkan telah lari begitu jauh daripada matlamat falsafah pendidikan negara.

LAA... AKU TAK DAPAT APA PUN



Perhimpunan agong umno dan habis.. jawatan Presiden, ketua wanita, ketua puteri dan ketua pemuda sudah pun diketahui. memang perhimpunan dan habis.. tapi rupanya masih ada juga yang kata tak habis. biasala bila tak puas hati memang ada yang dok merungut dan macam-macam lagi. ni.. kawan saya cerita. masa sebelum pemilihan pemuda umno.. biasala calon-calon jenuh berkempen dan melobi sana sini supaya perwakilan pilih depa dalam pemilihan nanti. dan bila dalam berkempen tu.. dan nak meyakinkan perwakilan supaya memilih mereka.. maka adalah janji-janji. dengar khabar duitla.. apa lagi. seronoklah perwakilan bila dijanjikan duit. mulalah berkira-kira nak beli itu dan ini.. dan tak juga juga depa kena bagi petugas cawangan. depa pun nak juga. kalau tak dapat kerja tak jalan.

Biasalah janji ahli politik... perhimpunan agong umno dan hampir sebulan berlalu. kabinet pun dah dilantik dan dah buat kerja pun. menteri yang pegang potfolio baru pun dan macam-macam tabur janji nak buat itu.. nak buat ini. biasalah penyapu baru... semangat baru dan gaji pun baru. ni ha... perwakilan yang dok tunggu punya tunggu.. duit yang dijanjikan pun masih tak dapat lagi. undi dan ditunaikan dan calon yang janji nak tabur duit pun dah menang dan bersenang lenang..

kata kawan saya bukan banyak pun.. RM50.00 je pada petugas cawangan. kalau 15 orang AJK cawangan cuma .. eleh.. RM750.00. tapi sampai sekarang masih tak dapat politik wang tu. bila cal, HP biasalah minta tinggal mesej je.. dah tu kalau ringing pun tak angkat, kalau angkat pun kata out station. kalau kat raub ke, temerloh ke, putrajaya ke.. tak pa la. ni out station sampai ke australia. berminggu pulak tu. banyaknya duit depa ye.. baru menang dah mampu berjalan sana sini. politik wang pada perwakilan depa tak bagi. petugas cawangan lagilah tak dapat.

saya pun terfikir jugak...rupanya politik wang memang bertapak kuat dalam umno sekarang. jangan kata pada peringkat tinggi, peringkat exco pemuda pun dah cukup. mereka ni golongan muda yang punya cita-cita tinggi dalam politik. apa taknya umur baru 30an.. peluang nak jadi menteri cerah dalam tempoh lima sepuluh tahun lagi. siapa sangka tup-tup dilantik dalam kabinet. tengok shaziman dah la. muda lagi dah jadi menteri. brig jen khir johari pun tak sangka dilantik dalam kabinet. meggelupur dia dapat jawatan tu. tu la untung askar pencen, pandai ceramah dalam tv.. ada chance lah dapat peluang.

kata kawan saya.. yang peliknya exco pemuda ni, lepas menang terus hilang dan tak muncul langsung kat bahagian umno dia. memanglah dia bukan orang situ, tapi jengok lah anak-anak buah yang bertungkus lumus bagi dia menang. depa pun nak habuan jugak untuk lepak kat mamak melepaskan penat lelah bantu dia.

sprm kena kerja kuat... masih ramai lagi orang umno baik peringkat atasan dan akar umbi yang masih tak boleh bezakan politik wang dan rasuah. cara depa cerita tu, pada saya politik wang macam upah la.. entah lah....

Monday, April 13, 2009

TARAK KIRA.... NAK JUGAK ITU JKR...







  • Lepas MCA kecoh nak banyak jawatan dalam kabinet... kini timbul pula karenah MIC. sama juga alasan. tak cukup kouta dalam kabinet. inilah budaya komponen BN. lebih memikirkan kepentingan kaum sendiri daripada kepentingan nasional. apa pun MCA dah diam bila permintaan mereka dipenuhi najib. bukan setakat kekal kouta yang diberikan sebelum ini, tetapi ditambah lagi. itulah visi one malaysia perdana menteri kita. Kouta UMNO dikurangkan dan kouta orang lain ditambah tak apa.. asalkan kita one malaysia.

    kali ini MIC pula. nampak sangat macam budak minta ais krim. kalau tak bagi ugut nak tarik keluar satu menteri dan dua timbalan dari kabinet. kalau saya jadi najib, pucuk dicita ulam mendatang. biar dia tarik keluar dari kabinet. post yang kosong bagi kat orang UMNO yang dok tengah frust menonggeng tak habis lagi tu... kalau tanya samy vellu.... betul ke nak tarik keluar satu menteri dua timbalan..? dia akan jawab macam ni.. itu post menteri kasi saya, sebab saya sudah lama tarak jadi menteri. saya sekarang presiden MIC apa... mesti kasi post la. itu dua timbalan kalu.. juga kasi saya. itu orang india lain mana boleh jadi menteri... tarak pandai jag orang india pun mau kasi dia ka...! saya sudah 30 tahun jadi presiden MIC..., apa.. saya tak pandai jaga itu orang india ka..?

    najib tentu pening lagi pikir karenah komponen dalam BN. tapi yang heran UMNO tak pula sebut nak minta tambah kouta dalam kabinet. tak caya... tanya shahrir samat, azalina, hamid albar dan ramai lagi... shahrir samat siap bagi balik lagi jawatan menteri. yang lain tu... dengan hati terbuka terima kenyataan mereka tidak lagi dipilih. baiiiiiikkkkknyeee orang melayu...

MANSUH MEcD: NAJIB TERLEPAS PANDANG....

Kita tidak akan terasa apa-apa apabila sesuatu yang terjadi itu tidak ada kena mengena dengan kita. malah kita malas nak ambik tau jika tidak melibatkan kepentingan kita. tetapi bagi usahawan bumiputra penyusunan semula kementerian dalam senarai kabinet baru najib menampakkan kehilangan sesuatu yang amat berharga.

Tiba-tiba saja usahawan bumiputra yang selama ini kurang bercakap berbanding MCA dan MIC yang tak pernah puas hati minta itu dan ini, mula bersuara. mereka sedar najib terlepas pandang bila ghairah menyusun semula kementerian. daripada 28 kementerian hanya tinggal 25. mana lagi tiga..? rupa2nya Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang selama ini menjadi tunjang kepada pembangunan usahawan bumiputra dimansuhkan. noh omar yang menjadi tokeh pula dipindahkan. apa alasan najib buat macam ni kepada usahawan bumiputra.

sejak penubuhan kementerian tersebut, ramai usahawan bumiputra mendapat manfaat. pinjaman demi pinjaman ditawarkan walaupun terpaksa menghadapi pelbagai karenah birokrasi, namun niat membantu usahawan bumiputra tetap tersemat sebagai visi kementerian itu. tetapi najib dan muhyiddin seolah baru tersedar dari lamunan apabila isu ini disuarakan oleh usahawan bumiputra.

dengan nada mencari alasan, muhyiddin meminta usahawan bumiputra bersabar dan kerajaan sedang memikirkan sesuatu untuk tujuan itu. apa ini...? bangsa lain tak perlu kementerian seumpama itu untuk berjaya kerana pemimpin parti mereka begitu prihatin dengan pembangunan usahawan bangsa mereka. mereka kini jauh maju ke hadapan meninggalkan usahawan bumiputra yang masih terkial-kial bertatih mencari tapak untuk berjalan. apabila najib antara sedar atau tidak memansuhkan kementerian ini, usahawan bumiputra kini seolah hilang tempat bergantung. tempat mereka mendapatkan bantuan. dalam keadaan kemelesetan ekonomi global ini, ditambah lagi patah ranting tempat bergayut, kemana mereka hendak mengadu. tak kan usahawan bumiputra nak mengadu kat kementerian kesihatan kot..! dah lah lembaga perlesenan kenderaan perdagangan yang selama ini diletakkan dibawah kementerian Pembangunan usahawan pula diletakkan dibawah kementerian pengangkutan, sapa nak jaga pemandu teksi yang rata-rata terdiri daripada orang melayu...

jika ini merupakan visi najib untuk mewujudkan one malaysia, tindakan pemansuhan kementerian itu merupakan satu tindakan yang bijak...

Sunday, April 12, 2009

BOLEH KE TURUN HARGA BARANG...?

baru tiga hari dilantik sebagai hal ehwal pengguna, ismail sabri terus berjanji nak turunkan harga barang. amboi... hebat bunyi tu .. kalau cakap pasal naik tutun harga barang, rasanya tak ada menteri dari kementerian tu sorang pun yang berjaya turunkan harga barang secara total. hari ini turun, esok naik balik. bukan senang nak kawal harga barang diseluruh negara. bukan satu barang saja yang dijual. beratus ribu barang.. itu belum masuk lagi barang sendiri yang turun naik siang malam.

saya nak cadangkan supaya kawalan harga barang ni bukan boleh dibuat oleh kementerian tu saja. berapa kerat sangat pegawai penguatkuasa yang kementerian tu ada untuk kawal harga barang seluruh negara. hari ni kena serbu, esok naik balik. hanya kuasa pengguna sahaja yang mampu kawal fenomena kenaikan harga barang, sebab mereka adalah pengguna. kalau setakat fomca dok melalak dalam surat khabar suruh boikot barang tu barang ini.. lupakanlah. orang kampong tak faham apa tu boikot pun. barang dia tetap kena beli juga. anak nak susu. laki nak pekena rokok daun dan macam-macam lagi.

persatuan pengguna hanya ada kat KL saja, penang ada satu .. tu pun macam hidup segan mati tak mau. macam mana depa nak sedarkan pengguna supaya gunakan kuasa untuk kawal harga barang. AHMAD SABRI hanya nampak satu saja cadangan yang belum lagi dipraktikkan. tupun kalau ISMAIL SABRI nak pakai. wujudkan persatuan pengguna dari peringkat pusat, negeri, daerah dan kampung dan kalau boleh persatuan pengguna keluarga pun boleh diwujudkan jugak. bukan apa.. kalau persatuan pengguna peringkat pusat kata boikot barang. arahan itu akan sampai pada peringkat negeri, kemudian turun kepada daerah dan kemudian kampong. jadi semua orang tahu akan arahan boikot dari persatuan pengguna pusat. jadi tindakan yang bakal dibuat adalah menyeluruh. kalau setakat fomca saja, maka pegawai dan kakitangan fomca sajalah yang boikot. orang kampong tak tau pun.

macam mana erk?

Thursday, April 9, 2009

TAK KAN KJ TAK FAHAM LAGI KOT..

Ramai orang tertanya-tanya betul ke KJ bakal dilantik dalam kabinet Najib. Teka teki ini bermain sekian lama dan menghantui sebahagian masyarakat negara ini. Ramai yang macam tak puas hati bila nama KJ disebut-sebut dilantik sebagai menteri dalam kabinet najib atas kapasiti Ketua Pemuda UMNO.

Namun bila senarai diumumkan, tiada nama KJ, tetapi nama Mukhriz pula yang timbul sebagai timbalan menteri. walaupun nama mukhriz sebelum ini juga disebut namun ramai yang menggeleng kepala macam tak percaya orang kalah akan dilantik ke kabinet. tapi itulah najib...

Kertua wanita dilantik ke dalam kabinet. Ketua puteri juga dilantik ke dalam kabinet. naib ketua Pemuda UMNO juga dilantik ke dalam kabinat, tetapi tiada jawatan dalam kabinet untuk ketua pemuda UMNO.. apa dah jadi...

Ini merupakan mesej yang jelas kepada KJ bahawa beliau sememangnya tidak diperlukan lagi bukan sahaja dalam kabinet, tetapi juga dalam Pergerakan pemuda UMNO, malah mngkin juga tidak diperlukan lagi dalam negara ini. KJ sudah tiada tempat lagi...

dalam pergerakan pemuda hanya kroni tertentu sahaja yang menyokongnya dan bukan lagi dari akar umbi. jika begini keadaannya, bagaimana KJ hendaklah menjalankan tugasnya sebagai Ketua Pergerakan Pemuda. laungan beliau untuk merakyatkan pemuda hanya akan tinggal impian kerana KJ kini hanya mampu menyalak..

Jika inilah keadaanya apa yang KJ mampu lakukan untuk menjadikan pergerakan pemuda sebagai sebuah badan yang mampu membantu golongan muda melayu di negara ini. bagaimana dia hendak menarik golongan ini untuk satu saf dengan pergerakan itu untuk membantu kerajaan membangunkan orang melayu.

kemenangan KJ merebut jawatan ketua pergerakan oemuda UMNO juga diragui. ada pihak mendakwa KJ terlibat dengan politik wang dalam mencapai kemenangan ini. Entahlah... cuba renungkan sendiri bila di boooo oleh perwakilan apabila namanya disebut oleh najib sebagai Ketua Pemuda..

KJ masih mampu menyumbangkan kepada visi merakyatkan pemuda UMNO jika dia berada diluar pergerakan pemuda. betul tak...?