
Perhimpunan agong umno dan habis.. jawatan Presiden, ketua wanita, ketua puteri dan ketua pemuda sudah pun diketahui. memang perhimpunan dan habis.. tapi rupanya masih ada juga yang kata tak habis. biasala bila tak puas hati memang ada yang dok merungut dan macam-macam lagi. ni.. kawan saya cerita. masa sebelum pemilihan pemuda umno.. biasala calon-calon jenuh berkempen dan melobi sana sini supaya perwakilan pilih depa dalam pemilihan nanti. dan bila dalam berkempen tu.. dan nak meyakinkan perwakilan supaya memilih mereka.. maka adalah janji-janji. dengar khabar duitla.. apa lagi. seronoklah perwakilan bila dijanjikan duit. mulalah berkira-kira nak beli itu dan ini.. dan tak juga juga depa kena bagi petugas cawangan. depa pun nak juga. kalau tak dapat kerja tak jalan.
Biasalah janji ahli politik... perhimpunan agong umno dan hampir sebulan berlalu. kabinet pun dah dilantik dan dah buat kerja pun. menteri yang pegang potfolio baru pun dan macam-macam tabur janji nak buat itu.. nak buat ini. biasalah penyapu baru... semangat baru dan gaji pun baru. ni ha... perwakilan yang dok tunggu punya tunggu.. duit yang dijanjikan pun masih tak dapat lagi. undi dan ditunaikan dan calon yang janji nak tabur duit pun dah menang dan bersenang lenang..
kata kawan saya bukan banyak pun.. RM50.00 je pada petugas cawangan. kalau 15 orang AJK cawangan cuma .. eleh.. RM750.00. tapi sampai sekarang masih tak dapat politik wang tu. bila cal, HP biasalah minta tinggal mesej je.. dah tu kalau ringing pun tak angkat, kalau angkat pun kata out station. kalau kat raub ke, temerloh ke, putrajaya ke.. tak pa la. ni out station sampai ke australia. berminggu pulak tu. banyaknya duit depa ye.. baru menang dah mampu berjalan sana sini. politik wang pada perwakilan depa tak bagi. petugas cawangan lagilah tak dapat.
saya pun terfikir jugak...rupanya politik wang memang bertapak kuat dalam umno sekarang. jangan kata pada peringkat tinggi, peringkat exco pemuda pun dah cukup. mereka ni golongan muda yang punya cita-cita tinggi dalam politik. apa taknya umur baru 30an.. peluang nak jadi menteri cerah dalam tempoh lima sepuluh tahun lagi. siapa sangka tup-tup dilantik dalam kabinet. tengok shaziman dah la. muda lagi dah jadi menteri. brig jen khir johari pun tak sangka dilantik dalam kabinet. meggelupur dia dapat jawatan tu. tu la untung askar pencen, pandai ceramah dalam tv.. ada chance lah dapat peluang.
kata kawan saya.. yang peliknya exco pemuda ni, lepas menang terus hilang dan tak muncul langsung kat bahagian umno dia. memanglah dia bukan orang situ, tapi jengok lah anak-anak buah yang bertungkus lumus bagi dia menang. depa pun nak habuan jugak untuk lepak kat mamak melepaskan penat lelah bantu dia.
sprm kena kerja kuat... masih ramai lagi orang umno baik peringkat atasan dan akar umbi yang masih tak boleh bezakan politik wang dan rasuah. cara depa cerita tu, pada saya politik wang macam upah la.. entah lah....
politik wang, politik menipu, atau apa saja namanya, masih dalam arena politik. Sama saja. Tetapi yang saya khuatirkan, pemimpin-pemimpin UMNO sekarang ni bukan dari jenis manusia ada kepala, tetapi setakat ada wang. Orang yg bijak, pintar, pakar politik tidak akan berjaya jadi pemimpin kerana dipintas oleh orang bodoh tetapi banyak wang untuk dihamburkan. Sebab itulah Malaysia sekarang dipimpina oleh orang bodoh yang berwang... Maaf cakap... Yang paling tinggi pun bukannya pandai sangat.... Setakat pandai sembunyi jenayah....
ReplyDelete