Friday, April 17, 2009

ALAHAI CIKGU



isu tentang cikgu ni berlambak, sampai kiamat pun tak mungkin selesai.sebabnya cikgu adalah sebahagian daripada hidup kita walau pada peringkat mana pun kita berada. cikgu adalah orang luar yang pertama dalam kehidupan kita yang membimbing kita untuk mengenal ilmu. peranan guru amat besar dalam menentukan kelahiran insan cemerlang, berwawasan, dan berketeram pilan.Kelahiran para ilmuan sebegini adalah dituntut, kerana anak-anak bangsa yang terdidik dengan visi dan misi yang sedemikan kukuh akan dapat menjamin keampuhan masyarakat dan seterusnya mendirikan negara gemilang yang terbilang. namun kini, keghairahan melahirkan insan cemerlang sudah menjadi perlumbaan yang tidak sihat. pelajar yang dididik dijadikan bahan untuk mencermerlangkan individu dalam sesebuah organisasi, bermula daripada peringkat institusi sekolah hingga ke peringkat kementerian berkenaan.

Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata. keghairahan mendapatkan gelaran, atau setidak-tidaknya sanjungan, menjadikan orang-orang berkenaan berlumba-lumba sesama sendiri. Atas nama melahirkan insan cemerlang para pelajar dibebankan dengan pelbagai program yang sarat sepanjang tahun, dan para guru terpaksa menanggung pelbagai tugas yang sebahagiannya bukanlah tanggungjawabnya. oooops.....pantang guru kalau tidak menyanggupi sebarang kerja yang diarahkan kepadanya. mereka selalu dimomokkan, kerja guru itu berkat...jalan terpantas ke syurga. betulllah tu...tetapi jika segala-galanya dibebankan ke atas pundak guru, dan guru pula mengabaikan tanggungjawabnya sendiri terhadap keluarga dan anak-anak, di manakah syurga untuknya?Sementelah pula kejayaan itu jelas diukur daripada suatu sudut sahaja, iaitu melahirkan seramai mungkin pelajar mendapat 'a' dalam keputusan peperiksaan mereka.

untuk mencapai 'a', guru-guru, terutamanya di bandar-bandar besar, terpaksa bekerja dari isnin hingga kebanyakan sabtu, malah adakalanya sampai hari ahad. isnin, kembali ke sekolah. program kelas tambahan, celik akal, minda bestari, macam-macam namanya. guru-guru bukan sahaja menjadi perlu menjadi pakar dalam subjek yang mereka ajar, tetapi mereka juga menjadi tukang masak, juruelektrik, teknisyen, pegawai seranta dan macam-macam lagi. Sebabnya, untuk mempastikan semuanya berjalan lancar, semua keperluan perlu disediakan. hal ini belum termasuk tanggungjawab guru dalam bidang kokokurikulum lagi.

untuk menjadi pengurus pasukan yang berkelayakan, guru-guru juga dibekalkan ilmu menjadi pegawai sukan, pegawai lalu lintas, guru kawat dan pelbagai lagi. memandangkan terlalu banyak kepakaran yang perlu dikuasai guru, guru tidak lagi menikmati cuti-cuti yang selama ini dicemburui oleh pekerja-pekerja lain. memandangkan setiap hari guru terpaksa menjalankan tugas yang pelbagai itu, maka waktu bertugas harian yang sepatutnya 7.30 hingga 2 ptg bertukar dari se awal 7 pagi dan sudah menjadi kebiasaan tamat jam 5 petang.

Hal ini kerana, bila guru tamat waktu mengajar dalam kelas, biasanya mereka mengajar pula di kelas tambahan, atau ada kegiatan kokurikulum atau mesyuarat ala taklimat yang meleret-leret. balik ke rumah, selepas menunaikan tanggungjawab pada keluarga, agak-agak semua sudah berdengkur, guru bangun menyiapkan tugas yang tidak pernah selesai: menyemak buku, menyediakan soalan peperiksaan, menyediakan bahan untuk diberikan pada pelajar, kadang-kadang, menaip surat memohon mendapatkan bantuan daripada mana-mana pihak untuk melicinkan agenda sekolah. oh ya, sudah lumrah, kertas yang digunakan guru untuk menaip dan bahan untuk pelajar adalah dari sedekah guru.

sekolah tidak pernah cukup duit untuk menyediakan semua itu. jadi janganlah cerita tentang pen dan marker. semuanya beli sendiri. tak apa, guru memang hidupnya sentiasa beramal jariah. maka setelah berpenat sepanjang tempoh masa bersekolah, maka tibalah cuti yang dinanti-nantikan. janganlah terkejut pak long, pak ngah, pak uda, guru-guru ni tak dapat balik sebab banyak program sekolah nak kena ikuti. tak buat tak boleh. nanti pengetua naik angin, dapat markah prestasi rendah. jabatan pendidikan mengamuk, nanti sekolah kena label. sekolah lain buat, kita tak buat, nanti kurang pelajar dapat a, masalah besar pula.anak-anak pun, tak sempat nak bermesra dengan tok nenek di kampung, dah tak rapat lagi dengan sepupu-sepupu dan saudara mara mereka.

di rumah jangan cakaplah, kalau tamu datang, keluar bersalam sebentar, kemudian masuk ke bilik sebab banyak sangat kerja sekolah hendak disiapkan. kalau tidak siap, kena berdiri dalam kelas, kena ketuk ketampi, ei malulah. jadi anak-anak hari ini, walaupun baju dicuci mesin, ramai yang tidak mencucinya sendiri. mereka juga tidak pandai memasak nasi, menggoreng telur, iaitu kebolehan paling minima bagi seorang manusia.dan malangnya dengan semakin banyak a yang diperoleh pelajar-pelajar hari ini, semakin tidak bijaksana pula mereka. ke arah manakah generasi hari ini dibawa wahai guru, wahai organisasi yang manaungi mereka?jelas apa yang sedang diamalkan telah lari begitu jauh daripada matlamat falsafah pendidikan negara.

No comments:

Post a Comment