Thursday, April 9, 2009

TAK KAN KJ TAK FAHAM LAGI KOT..

Ramai orang tertanya-tanya betul ke KJ bakal dilantik dalam kabinet Najib. Teka teki ini bermain sekian lama dan menghantui sebahagian masyarakat negara ini. Ramai yang macam tak puas hati bila nama KJ disebut-sebut dilantik sebagai menteri dalam kabinet najib atas kapasiti Ketua Pemuda UMNO.

Namun bila senarai diumumkan, tiada nama KJ, tetapi nama Mukhriz pula yang timbul sebagai timbalan menteri. walaupun nama mukhriz sebelum ini juga disebut namun ramai yang menggeleng kepala macam tak percaya orang kalah akan dilantik ke kabinet. tapi itulah najib...

Kertua wanita dilantik ke dalam kabinet. Ketua puteri juga dilantik ke dalam kabinet. naib ketua Pemuda UMNO juga dilantik ke dalam kabinat, tetapi tiada jawatan dalam kabinet untuk ketua pemuda UMNO.. apa dah jadi...

Ini merupakan mesej yang jelas kepada KJ bahawa beliau sememangnya tidak diperlukan lagi bukan sahaja dalam kabinet, tetapi juga dalam Pergerakan pemuda UMNO, malah mngkin juga tidak diperlukan lagi dalam negara ini. KJ sudah tiada tempat lagi...

dalam pergerakan pemuda hanya kroni tertentu sahaja yang menyokongnya dan bukan lagi dari akar umbi. jika begini keadaannya, bagaimana KJ hendaklah menjalankan tugasnya sebagai Ketua Pergerakan Pemuda. laungan beliau untuk merakyatkan pemuda hanya akan tinggal impian kerana KJ kini hanya mampu menyalak..

Jika inilah keadaanya apa yang KJ mampu lakukan untuk menjadikan pergerakan pemuda sebagai sebuah badan yang mampu membantu golongan muda melayu di negara ini. bagaimana dia hendak menarik golongan ini untuk satu saf dengan pergerakan itu untuk membantu kerajaan membangunkan orang melayu.

kemenangan KJ merebut jawatan ketua pergerakan oemuda UMNO juga diragui. ada pihak mendakwa KJ terlibat dengan politik wang dalam mencapai kemenangan ini. Entahlah... cuba renungkan sendiri bila di boooo oleh perwakilan apabila namanya disebut oleh najib sebagai Ketua Pemuda..

KJ masih mampu menyumbangkan kepada visi merakyatkan pemuda UMNO jika dia berada diluar pergerakan pemuda. betul tak...?

1 comment: