Monday, April 13, 2009

MANSUH MEcD: NAJIB TERLEPAS PANDANG....

Kita tidak akan terasa apa-apa apabila sesuatu yang terjadi itu tidak ada kena mengena dengan kita. malah kita malas nak ambik tau jika tidak melibatkan kepentingan kita. tetapi bagi usahawan bumiputra penyusunan semula kementerian dalam senarai kabinet baru najib menampakkan kehilangan sesuatu yang amat berharga.

Tiba-tiba saja usahawan bumiputra yang selama ini kurang bercakap berbanding MCA dan MIC yang tak pernah puas hati minta itu dan ini, mula bersuara. mereka sedar najib terlepas pandang bila ghairah menyusun semula kementerian. daripada 28 kementerian hanya tinggal 25. mana lagi tiga..? rupa2nya Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang selama ini menjadi tunjang kepada pembangunan usahawan bumiputra dimansuhkan. noh omar yang menjadi tokeh pula dipindahkan. apa alasan najib buat macam ni kepada usahawan bumiputra.

sejak penubuhan kementerian tersebut, ramai usahawan bumiputra mendapat manfaat. pinjaman demi pinjaman ditawarkan walaupun terpaksa menghadapi pelbagai karenah birokrasi, namun niat membantu usahawan bumiputra tetap tersemat sebagai visi kementerian itu. tetapi najib dan muhyiddin seolah baru tersedar dari lamunan apabila isu ini disuarakan oleh usahawan bumiputra.

dengan nada mencari alasan, muhyiddin meminta usahawan bumiputra bersabar dan kerajaan sedang memikirkan sesuatu untuk tujuan itu. apa ini...? bangsa lain tak perlu kementerian seumpama itu untuk berjaya kerana pemimpin parti mereka begitu prihatin dengan pembangunan usahawan bangsa mereka. mereka kini jauh maju ke hadapan meninggalkan usahawan bumiputra yang masih terkial-kial bertatih mencari tapak untuk berjalan. apabila najib antara sedar atau tidak memansuhkan kementerian ini, usahawan bumiputra kini seolah hilang tempat bergantung. tempat mereka mendapatkan bantuan. dalam keadaan kemelesetan ekonomi global ini, ditambah lagi patah ranting tempat bergayut, kemana mereka hendak mengadu. tak kan usahawan bumiputra nak mengadu kat kementerian kesihatan kot..! dah lah lembaga perlesenan kenderaan perdagangan yang selama ini diletakkan dibawah kementerian Pembangunan usahawan pula diletakkan dibawah kementerian pengangkutan, sapa nak jaga pemandu teksi yang rata-rata terdiri daripada orang melayu...

jika ini merupakan visi najib untuk mewujudkan one malaysia, tindakan pemansuhan kementerian itu merupakan satu tindakan yang bijak...

1 comment:

  1. orang melayu jual nasik lemak tepi jalan sudah lah... nak duit lebih mintak rasuah dari china... itulah dasar ekonomi baruuuuuuu

    ReplyDelete