baru tiga hari dilantik sebagai hal ehwal pengguna, ismail sabri terus berjanji nak turunkan harga barang. amboi... hebat bunyi tu .. kalau cakap pasal naik tutun harga barang, rasanya tak ada menteri dari kementerian tu sorang pun yang berjaya turunkan harga barang secara total. hari ini turun, esok naik balik. bukan senang nak kawal harga barang diseluruh negara. bukan satu barang saja yang dijual. beratus ribu barang.. itu belum masuk lagi barang sendiri yang turun naik siang malam.
saya nak cadangkan supaya kawalan harga barang ni bukan boleh dibuat oleh kementerian tu saja. berapa kerat sangat pegawai penguatkuasa yang kementerian tu ada untuk kawal harga barang seluruh negara. hari ni kena serbu, esok naik balik. hanya kuasa pengguna sahaja yang mampu kawal fenomena kenaikan harga barang, sebab mereka adalah pengguna. kalau setakat fomca dok melalak dalam surat khabar suruh boikot barang tu barang ini.. lupakanlah. orang kampong tak faham apa tu boikot pun. barang dia tetap kena beli juga. anak nak susu. laki nak pekena rokok daun dan macam-macam lagi.
persatuan pengguna hanya ada kat KL saja, penang ada satu .. tu pun macam hidup segan mati tak mau. macam mana depa nak sedarkan pengguna supaya gunakan kuasa untuk kawal harga barang. AHMAD SABRI hanya nampak satu saja cadangan yang belum lagi dipraktikkan. tupun kalau ISMAIL SABRI nak pakai. wujudkan persatuan pengguna dari peringkat pusat, negeri, daerah dan kampung dan kalau boleh persatuan pengguna keluarga pun boleh diwujudkan jugak. bukan apa.. kalau persatuan pengguna peringkat pusat kata boikot barang. arahan itu akan sampai pada peringkat negeri, kemudian turun kepada daerah dan kemudian kampong. jadi semua orang tahu akan arahan boikot dari persatuan pengguna pusat. jadi tindakan yang bakal dibuat adalah menyeluruh. kalau setakat fomca saja, maka pegawai dan kakitangan fomca sajalah yang boikot. orang kampong tak tau pun.
macam mana erk?
Sunday, April 12, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
janji kerajaan sama janji politik... orang bodoh je yang percaya... masalahnya ramai sangat org bodoh...
ReplyDelete